Selasa, 6 November 2012

laman utama

 

PERUBAHAN DALAM PETAK YANG SAMA

Merasa tergoris juga apabila orang yang memulakan sesuatu kawasan yang tidak maju kepada
lebih baik dengan hasil kesabaran menempuh jerih perit bersabar hidup dalam kedaifan.
Sekarang ini dekat dengan PRU-13 banyak isu bodoh yang dikaitkan dengan Peneroka Felda.

Bagi kami hanya boleh senyum memerhatikan gelagat pihak luar yang belum kenal siapa Peneroka.
Walapun dia seorang anak atau cucu peneroka, bukan faham sangat nasib yang dilalui oleh Ayah/ibu
atau datuk nenek mereka yang mengharungi kehidupan dalam Tanah Rancangan Felda.

Tidak dinafikan memang ada cacat-cela dalam menumpuh kehidupan, dari semasa ke semasa ada
sahaja perubahan berlaku.

Contoh : kita tahu yang tanah hakmilik peneroka itu adalah hak Ibu/ Ayah kita yang kerajaan
anugerahkan kepada mereka yang terpilih dan ada minat menyertainya. Suatu kawasan yang
telah stabil keujudannya, oleh itu jangan dikotak-katikan lagi soal harta tetap yang telah sempurna.
Jika rasa kita bijak atau bijak pandai maka sila guna idea baru dan wujudkan komponan lain dari
seperti sudah besar telah berumahtangga mempunyai keluarga sendiri kemudian berpatah balik
ke rumah Ibu/ Ayah membuat komen berbagai kerenah yang orang tua itu meluat/ kecil hati.

Peneroka faham dari apa yang telah dilalui dari semasa ke semasa, bukannya tebaik juga pentadbiran
felda itu; banyak yang tidak disetujui oleh para peneroka tetapi biarlah kami yang dulunya bodoh-bodoh belaka sebab itu ingin masuk hutan pendalaman menjadi peneroka felda ( tidak diterima felda
jika didapati bakal peneroka itu adalah pemegang Ijazah atau Diploma mana - mana IPT ) pihak
pengurusan juga pada awalnya meletakan bekas tentera atau polis menjadi pengurus dan pegawai di
setiap tanah Rancanagn Felda. Oleh itu kami peneroka tinggal dibawah pemerintah ala tentera dilatih
dalam melalui tekanan kehidupan perentah perlu dipatuhi. Sekarang generasi baru felda merasakan
seperti datuk nenek mereka sama ada yang masih hidup atau yang telah meninggal itu amat teristimewa kerana mereka adalah peserta rancangan tanah felda. Jika pandai sangat cuba buat lain
dari yang sedia ada, kerana anda yang bersimpati dengan masyarakat felda adalah orang bijak pandai
dalam zaman yang anda lalui sekarang. Cuba elak imaginasi anda dari memikirkan peneroka itu amat
bodoh sebodoh lembu yang berjalan kepalanya mendatar; manusia kepalanya Allah jadikan menegak
dengan kedudukan teratas. Bagi yang kepalanya mendatar adalah pakturut yang akan disembelih.

Masing-masing mempunyai HAK menentukan pihak mana yang akan memerintah, Undi adalah
rahsia individu, sampai masa kita buat pemilihan. Belum tentu Peneroka dan keluarga mereka bersetuju memilih parti yang sedang memerintah menjadi pilihan mereka. Kerana kita memerhatikan
segenap pergerakan yang belaku yang mejadikan kelemahan pihak pemerintah semasa dalam edahnya memerintah itu peneroka ditindas oleh konco-konco keroni UMNO. Maka tak dengar
kempen mana-mana parti PR pun kita sedia memberi peralihan sokongan. Kerana UMNO gagal.

Hakmilik peneroka ini masih tidak bebas dari cengkaman pentadbiran/pengurusa felda, kami disogok dengan jolokan terkini FGVH ( mana lah peneroka tahu dengan pelaburan modal saham KLSE ) yang lain-lain itu adalah hal bukan peribadi peneroka seperti perkara FOP telah terjual kepada firma asing.
Jika ingin membantu generasi kedua felda. Alehkan perubahan itu ke bidang di luar kaitan dengan hal-hal berkaitan tanah rancangan felda yang telah berada dalam kedudukan bebas politik.Isu yang melibatkan Felda telah banyak dipertikai dalam mainan politik; peneroka diperbodohkan.



1 ulasan:

Sabuli berkata...

Kesedaran perlu ada di pihak Kerajaan malaysia atau para ahli pentadbir Tanah Rancangan FELDA, rasanya tidak perlu jauh pergi melalut konon ingin membantu Generasi felda ( kedua ke ketiga tak kiralah ke,ke,ke berapapun yang penting generasi/ pelapis warisan felda terjamin masa depan mereka, Modal utama tapak ( tanah )), dalam rancangan Felda tanah rezab boleh diusahakan cukup luas tanah yang selebih dari peruntukan wajib dibagi kepada peneroka. Nak wujudkan apa-apa projek pun boleh Indasteri dan perumahan pekerja2...jika berfikir dan usaha sebegini maka anak2 cucu peneroka tidak akan berjauhan dari Ibu/Bapa mereka yang tinggal dalam sesebuah tanah rancangan felda itu, hanya yang berkelayakan berhijjerah ke luar yang terjamin pendapatan mereka sahaja yang keluar tidak menghuni di tanah rancangan hakmilik ibu/paba mereka.Tenaga kerja ada,pembangunan bersepadu boleh bina rumah generasi,sekolah SK & SMK semarak semula setelah generasi pertama berhenti menambah zuriat,Ekonomi dan sosial di tanah rancangan boleh naik taraf dengan adanya aktiviti yang bukan hanya urusan pertanian ( kelapa sawit dan getah ) sahaja.Dahulu kawasan hutan belantara boleh dimajukan menjadi kawasan penempatan gulungan daif dan kini tidak disambung dengan bentuk pembaharuan paradikma, yang difikirkan hendak mengguna wang dari hasil felda menunjuk-nunjuk ke mata dunia bahawa FELDA ini terkaya ada Hotel ada Bangunan TERTINGGI kemudian apabila hendak proses mengatasi generasi ke dua felda selalu terbantut." mungkin jika Allahyarham TUN HJ. A. Razak dipanjangkan umur dan masih menjadi Perdana menteri malaysia; beliua akan bertindak ke arah ini.Sesuai sealiran dengan kewujudan FELDA/RKT.Bayangkan awal penubuhan RKT bangunannya amat daif macam sebuah gerai di tepi jalan.Jika kembali kepada asas penubuhan FELDA.. PENEROKA yang sebenarnya menikmati kemudahan semua itu supaya peneroka boleh maju bukan Negara yang maju dan sebahagiannya boleh dicurahkan ke kemajuan NEGARA,, ini sudah terbalik, kerajaan yang mengurus urusan felda telah guna hasil felda untuk kemajuan negara mampuish la PENEROKA. sampai bila-bila pun bodoh.anak cucu macam2 jadi..kebun bagi buruh asing bekerja ini pun sudah macam menyeleweng juga mana teknologi pakar malaysia ahli fikir yang mewujudkan penyesuaian alatan dan teknik kerja yang anak cucu peneroka akan berminat dengan kerja pertanian.Ramai pakar tapi guna teknologi luar negara; tak sesuaikan dengan kehendak tempatan.kemudia pakat-pakat kutuk anak pneroka pemalas,petagih dadah elbagai kutukan nagetif dilemparkan oleh pentadbir negara malaysia.Cuba mengatasi generasi felda ini perti felda membentuk gaya dan cara hidup sekeluarga peneroka apabila dah menjadi peneroka.Tak senang juga pihak pengurusan felda mbentuk seseorang peneroka dan memasyarakatkan peneroka felda, tetapi seperti dilupakan yang peneroka ini akan beranak pinak. MUNGKIN IDEA ALLAHYARHAM TUN A. RAZAK turut pergi bersamanya.Generasi PM dan Menteri-menteri malaysia juga jadi pandai sendiri, yang pandainya MENGUTUK MENGAWAL macam peneroka ini BANDUAN.Banyak dah terjawab penyelewengan Felda terutama berkaitan kilang sawit menipu proses perahan grid buah tandan segar. peratus perahan ada yang terbukti berlaku penipuan,, NAK TIPU JUGAK.. dah la peneroka katanya upah kilang proses sahaja bukan jual buah sawit kepada kilang felda.Upah pun kebas seleweng lagi.