Dahulu apabila kami ingin menjadi peneroka Felda ( Rancangan Kemajuan Tanah/ LKTP )
lebih kurang empat puluh lima ( 45 ) tahun berlalu, tidak terfikir apabila kawasan jin bertandang
ini akan dinaik taraf sehingga mendapat simpati meluas dari pelbagai pihak luar yang ingin membela
nasib para peneroka.
Terima kasih kepada yang ingin mengambil perhatian tersebut.Ini ditujukan kepada pihak pemerintah
( kerajaan Barisan Nasional ) dan juga pihak yang berusaha menjadi pemerintah selepas PRU- ke 13
bagi Peneroka tiada apa yang boleh diharap siapa yang lebih baik/ terbaik melayan masyarakat
dalam kelompok FELDA.
Dalam keadilan nilai pendapatan
Hasil keluaran dari kebun peneroka felda sama ada getah/ kelapa sawit semuanya bergantungkepada harga pasaran terbuka." kecuali ada unsur penipuan dari pihak yang berkepentingan "
perlindungan amat diperlukan, siapa kah di antara peneroka yang ada kemampuan melindungi
kumpulan dalam kelompok mereka. bukan politik yang boleh menstabilkan komoditi kami.
Tugas pemimpin adalah menyatukan kumpulan dalam kelompok mereka.Lain dari menentukan
bahawa jika pihak ini memerintah maka Peneroka Felda akan bertambah pendapatan. Pada yang
pendapatan mereka tetap seperti menjadi pekerja yang mendapat gaji bulanan boleh diangap
sesuai senang hendak menstabilkan pendapatan mereka.
Selesa
Ramai para peneroka sejak akhir-akhir ini merasa damai dan selesa kerana menjadi peneroka rancangan Felda,kecuali yang terlibat dengan pandai sendiri suka berkeluh-kesah melibatkan
aktiviti kelainan, kerana kita manusia ini ada berbagai keinginan; " berfikirlah sejenak dulu
semasa kita merempat tak cukup makan dan berbagai masalah sosial siapa yang nampak kita.
Ada peneroka yang dihina selekeh kurus cengkung, makan nasi dengan berlaukkan ikan kering.
Tanah yang dikatakan hak peneroka pun tiada diistihar sebagai hakmilik " kerajaan pun cuba
hendak menidakan penat jerih si manusia merempat ini yang telah kerajaan selamatkan mereka
menjadi peneroka felda. Peneroka bukan sepeti orang kerja makan gaji tiap bulan badjet stabil.
Alhamdulillah.... dengan izin Allah peneroka sudah ada hakmilik harta tetap, boleh juga hadir
ke pejabat TANAH DAN DAERAH membayar cukai/ hasil ( kaya tuuu ) hidup pun dah agak
selesa, tidak perlu keluh-kesah dalam mengguna sisa-sisa hayat yang tuhan lanjukan. Bagi
janda dan anak-anak yang meneruskan hidup selepas kematian peneroka ( ketua keluarga )
mereka juga tidak lagi menempuh situasi seperti ada sesetengah warga negara Malaysia
berpendapatan ala kadar, dengan nak bayar sewa rumah ( rumah pun tiada ) sara kehidupan.
Tetapi apabila berlaku perubahan mendadak seolah-olah Peneroka asal telah dihakis oleh
pemuka terkini dan dilaung-laungkan GENERASI kedua maka kedudukan peneroka asal telah tergugat bagai mereka tiada lagi di dunia ini.timbul kerenah baru boleh perbodoh orang tua-tua
peneroka yang tidak berpendidikan tinggi disogok dengan kononya perubahan. Tapi rasanya
mainan politik sahaja. Peneroka pun mula terjerumus tidak serius peneroka stabil. Masih aman.
Saya peneroka yang tidak suka jadi pak turut, setiap hari hanya mengadap komputer tidak kurang
8 - 10 jam menjelajah ke blogspot-blogspot yang saya follow atau spontan, selain membaca
sekurang-kurangnya 5 jenama akhbar tempatan. Saya berfikiran terbuka.kebun diurus FELDA.
saya tidak menuntut jadi orang kaya tapi memadailah orang sihat dan senang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan