Sabtu, 12 Disember 2015

MENGIMBAU SEJARAH

Aku anak yatim
Yang hidup menumpang kasih dari saudara mara yang sudi memelihara aku.
Usia 13 tahun pada tahun 1961 menumpang ibu saudara aku di kuala kedah dengan rumah yg sempit ibu saudara ku ada 2 orang anak Dara seorang masih bersekolah ( Itan ) dan seorang lagi diam di rumah membantu ibu saudara ku menyediakan bahan jualan di kantin sekolah Enggris telok cengai
Aku ikut bekerja di situ
Selain anaknya yg 2 orang ibu saudara ku ( pencen bidan kerajaan )
Suaminya ( osman lemen ) nama julukan masih aktif beliau pencen telekom sekarang TM . Dialah tenaga sumber rezeki dengan berkayuh basikal gelab pagi selepas subuh ke kantin sekolah di telok cengai

Kami ikut dengan Bas  aku dan seorang pembantu nya serta ibu saudara ku ( Aminah ) KAMI 4 orang yg mengendali kantin itu.
Di rumah ada sepupu ku Hatiah dengan anak2nya yg bersekolah
Syed Ali dan Syed Ahmad Azizah Alias ada juga anaknya yg perempuan seorang lagi belum ke sekolah
Suami Hatiah Syed Salim sebagai penyelia klas Dewasa pejabat di Alor setar dia dengan kerjanya lah tidak campur urusan kami di kantin
Tidak perasan aku Hatiah sepupu aku ada berapa orang anak tapi yg aku ingat Intan masih bersekolah di Alor Setar sekolah menengah
Tiap pagi hari bersekolah dia sibuk bersama kami naik Bas yang sama ke sekolah
Pendapatan ibu dan bapa saudara ku tidaklah lumaiyan hanya cukup menyara keluarga
Tidak lama aku di situ hanya setahun
Aku balik tinggal dengan datok aku di kg kuala kangkong bersama adik2 aku di situ sebelum berpindah
Ke felda sg tiang di jemput oleh anak saudara ibu aku untuk bekerja di kedai syarikat pembekal barang keperluan peneroka sebagai pembantu kedai.
8 tahun aku di felda sg tiang kerja setempat hingga berkahwin dan mendapat 2 orang anak
Tahun 1971 aku menghadiri temuduga menjadi peneroka felda
Lulus temuduga aku menjadi peneroka pada 25/4/1971
Bukan mudah aku tak biasa kerja pertanian dengan panas hujan masuk kebun sawit semak kerja berat tapi itu ialah pilihan ku akan sabar teruskan cita2 aku untuk senang masa depan
Aku sudah ke tahap seorang kerani di kedai syarikat berkenaan susah betul kerja pertanian tetapi aku di bantu oleh pegawai ladang yg simpati melihat cara aku bekerja tidak layak jadi peneroka  kerja lambat sempurna bukan itu caranya.
Telah di asingkan dari kumpulan kerja ramai disuruh aku menjaga saliran longkang dan bersih kalbot yang tersumbat dengan masa bekerja 8 pg hingga 2 ptg kemudian aku ditugaskan membilang pokok berapa dlm sebaris selepas itu

Menjadi mandor budak kahwin bunga sawit dan memegang jawatan Bendahari dalam badan2 sosail di rancangan seperti JKKR.KOPERASI TADIKA BELIA. Dengan asas yg ada aku ikuti kursus simpan kira di MKM PJ mendapat sijil simpan kira
Dari sini aku layak bekerja di pejabat sewasta sebabagai kerani. Kerja kebun aku upah pada kawan.. aku ke bandar kerja pejabat....

Rabu, 2 Oktober 2013

meesiam: Kedahkini: HOT! FELDA SETTLERS'VE BE SELL?

meesiam: Kedahkini: HOT! FELDA SETTLERS'VE BE SELL?// pada hakikatnya sekarang ini ramai masyarakat tanah rancangan felda merasa tiada keamanan tinggal di Tanah Rancangan ( mungkin ada yg kata tak sesuai buat apa duduk situ KELUAR lah ) jangan bodoh saran begitu. sebelum DADAH merebak kami aman damai tinggal rumah tak kira masa ia dalam selamat. Ini buka rumah sahaja tak selamat penghuni pun belum tentu selamat.